Nak Tanam Nanas, Takde Tanah?
Kita sekarang dah 2021, tanah bukan lah masalah utama. Jika tiada, anda boleh sewa, tumpang, pajak dll. Berikut pilihan yg anda boleh pertimbangkan: Tanah pertanian terbiar (perlu risik dengan orang kampung) Tanah rizab kerajaan (biasa tanah-tanah rizab kerajaan, akan ada pacak signboard) Tanah bawah kabel TNB (kena kenalpasti status tanah milik TNB atau pajakan) Tumpang/sewa kebun kelapa sawit, getah atau durian orang lain yg baru ditanam atau tanam semula Tanah rizab surau/masjid (biasa di taman-taman perumahan) Tanah rizab sungai (perlu refer JPS) Ceroboh tanah rizab hutan (ramai buat, tapi sangat tidak digalakkan, kerana secara perundangannya salah) Tanah projek kelompok bawah agensi kerajaan (bergantung pada kekosongan & kelayakan seperti di stesen LPNM Alor Bukit, TKPM dll) Halaman rumah (sesuai untuk beginner atau mereka yg baru nak berjinak-jinak) Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Tak dinafikan kami sendiri ambil masa dekat 2 tahun untuk dapatkan tanah untuk disew...