Nak Tanam Nanas, Takde Tanah?
Kita sekarang dah 2021, tanah bukan lah masalah utama. Jika tiada, anda boleh sewa, tumpang, pajak dll. Berikut pilihan yg anda boleh pertimbangkan:
- Tanah pertanian terbiar (perlu risik dengan orang kampung)
- Tanah rizab kerajaan (biasa tanah-tanah rizab kerajaan, akan ada pacak signboard)
- Tanah bawah kabel TNB (kena kenalpasti status tanah milik TNB atau pajakan)
- Tumpang/sewa kebun kelapa sawit, getah atau durian orang lain yg baru ditanam atau tanam semula
- Tanah rizab surau/masjid (biasa di taman-taman perumahan)
- Tanah rizab sungai (perlu refer JPS)
- Ceroboh tanah rizab hutan (ramai buat, tapi sangat tidak digalakkan, kerana secara perundangannya salah)
- Tanah projek kelompok bawah agensi kerajaan (bergantung pada kekosongan & kelayakan seperti di stesen LPNM Alor Bukit, TKPM dll)
- Halaman rumah (sesuai untuk beginner atau mereka yg baru nak berjinak-jinak)
Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Tak dinafikan kami sendiri ambil masa dekat 2 tahun untuk dapatkan tanah untuk disewa. Yg penting teruskan mencari, jika nawaitu kita betul, tuhan akan permudahkan urusan kita, In Shaa Allah.
Follow kami di facebook: Massaco Pineapple Farm
Follow kami di Instagram: massaco_pineapple_farm
Jejak kami di google maps: massaco pineapple farm
Follow kami di shopee: massaco shop
Follow kami di Instagram: massaco_pineapple_farm
Jejak kami di google maps: massaco pineapple farm
Follow kami di shopee: massaco shop
Comments
Post a Comment